Dasar Privasi

AIG Malaysia Insurance Berhad (“AIG Malaysia”, “kami”) bersama dengan syarikat-syarikat gabungan dan subsidiari-subsidiari American International Group, Inc. (secara kolektif dirujuk sebagai “AIG”) menghargai kepercayaan anda kepada kami dan komited untuk mengendalikan Maklumat Peribadi (ditakrifkan di bawah) dengan betul menurut undang-undang yang terpakai.

Ini adalah Dasar Privasi utama kami yang menerangkan cara kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan teras kami.

Rujukan kepada “anda” bermaksud mana-mana individu yang mempunyai hubungan dengan kami, termaksuk pemegang polisi, pengambil insurans atau penuntut di bawah polisi insurans, broker insurans komersial, wakil yang dilantik, ejen, saksi atau individu lain yang mempunyai hubugan dengan kami atau pengguna Perkhidmatan Digital AIG.

Dasar Privasi ini akan ditambah dengan dasar privasi tambahan yang disesuaikan untuk hubungan khusus kami dengan anda di mana ia berguna untuk memberi anda gambaran penuh tentang cara kami mengumpul dan menggunakan Maklumat Peribadi anda.

Tujuan Dasar ini adalah untuk menjelaskan Maklumat Peribadi yang kami kumpul, akses, guna, simpan, pindah dan/atau dedah (bersama-sama, "proses"), sebab-sebab kami memproses Maklumat Peribadi anda, orang yang kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada dan hak-hak anda di bawah undang-undang yang berkaitan.

Kami menggunakan perkataan Maklumat Peribadi untuk menerangkan maklumat tentang anda dan individu lain (contohnya, pasangan anda atau ahli keluarga anda yang lain), dan dari mana anda atau mereka boleh dikenalpasti.

Matlamat kami adalah pengendalian Maklumat Peribadi yang bertanggungjawab dan selamat, dengan mengimbangi manfaat aktiviti seperti penyelidikan dan analisis data untuk menambah baik produk dan penyampaian perkhidmatan kami, dengan komitmen kami yang lain, termasuk keadilan, ketelusan dan tak berdiskriminasi.

Maklumat Peribadi diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk:

  • permohonan, borang-borang cadangan dan tuntutan, dan borang-borang lain;
  • panggilan telefon, e-mel, mesyuarat dan komunikasi lain;
  • pembekal perkhidmatan, broker dan ejen, penyiasat tuntutan, saksi, professional perubatan, pihak berkuasa pelesenan kenderaan dan pemandu, agensi rujukan kredit, majikan anda, dan pihak-pihak ketiga yang lain;
  • laman web ini (“Laman”);
  • aplikasi perisian yang disediakan oleh kami pada computer, telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain (“Aplikasi”); dan
  • halaman media sosial kami, kandungan, alat dan aplikasi media sosial lain (“Kandungan Media Sosial” kami).

Dalam Dasar Privasi ini, kami merujuk kepada Laman, Aplikasi dan Kandungan Media Sosial bersama-sama sebagai Perkhidmatan Digital AIG.

Melainkan dinyatakan sebaliknya, Perkhidmatan Digital AIG hanya untuk kegunaan oleh orang dewasa yang kompeten di sisi undang-undang. Orang bawah umur dan mereka yang tidak mempunyai kompetensi di sisi undang-undang tidak seharusnya memberikan Maklumat Peribadi melalui Perkhidmatan Digital AIG sendiri tetapi melalui ejen, penjaga atau penasihat undang-undang yang diberikuasa sewajarnya.

Maklumat Peribadi mungkin diberikan kepada kami secara langsung oleh anda atau pihak ketiga. Sebagai contoh, pemegang polisi insurans mungkin memberikan Maklumat Peribadi tentang anda supaya anda boleh mendapat manfaat di bawah polisi insurans mereka.

Sila ambil perhatian:

Dengan memberikan kami Maklumat Peribadi tentang individu lain, anda mengatakan bahawa anda telah (kecuali kami bersetuju sebaliknya, secara bertulis): (a) memaklumkan individu tersebut tentang kandungan Dasar Privasi ini dan sebarang notis privasi lain yang terpakai yang diberikan kepada anda; dan (b) memperolehi kebenaran mereka (jika diperlukan oleh, dan dengan cara yang diperlukan oleh, undang-undang yang terpakai) untuk berkongsi Maklumat Peribadi mereka dengan kami menurut Dasar Privasi ini dan notis-notis privasi lain yang terpakai.